Friday, 24 November 2017

Memori

 Ku ibaratkan ia seperti debunga ditiup angin,
Semakin lama semakin menjauh,
Terbang tinggi mengikut rentak angin,
Menari di awangan biru,
Kian lenyap ia daripada pandangan kasarku,
Terpisah kami dek jarak yang tercipta,
Saat ini ia hilang.INFINITI.
Namun akan ku kenang yang hilang, 
Bukan demi mencari pengganti,
Sebaliknya muhasabah diri.

Ia ibarat memori kita. Memori tercipta antara kau dan aku SAHABAT.

p/s: teringat pula waktu tulis benda ni dalam buku nota . Time tu hujan agak lebat.Dingin semacam je time tu. Hampir semua tidur sebab x de cikgu masuk. Tengah-tengah berangan , aku terlihat ke luar jendela kelas. Satu -persatu titik air hujan yang turun aku perhatikan , ralit aku fikirkan sesuatu yang agak mendalam juga waktu tu.( actually, x ingat sebenarnya.) Tp tenang je bila lihat rahmat tuhan yang satu. angin dingin lembut sahaja menyapa wajahku. Tiba2 dapat idea nk tulis something. Ingatkan nk tulis pasal hujan, Entah macam mana tetulis pasal bunga plk. Waktu tu ada konflik yang berlaku antara aku dan sahbat. (nukilan itu adalah lah secalit kaitan dengan konflik waktu tu).

No comments:

Post a Comment